♡Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♡
❀❀❀ BeLog MeRaH JamBu ❀❀❀

Search Here !
Nak Cari Apa ?


Banner !
My Banner


create your own banner at mybannermaker.com!
Belog Merah Jambu
Owner !
HeLLo ! Good days to you


♥ Welcome to my belog ♥ "Merah Jambu" ☻ Happy acquainted with you all. Thank you for your willingness to visit. Enjoy!!!

Status : I'am Online Now


Tagboard !
Footprints here


Follower !
Jantung Hati Saya


Link !

Find Me Here


L
My Blog:
Y
My Skype:
N
My Twitter :
D
My Facebook:
A




"Aku Berkarya, Anda Just Komen"

Maaf seandainya masih kurang pengisian, jalan cerita dan ending cerita yang kurang menarik.
Apa-apa pun Thanks for reading.


TAJUK : SETABAH DIA II

Udara luar yang nyaman  mula memasuki ruangan biliknya. Beberapa helaian rambutnya menampar nakal pipinya yang mulus, pantas diselak rambut itu membelakangi cuping telinga. Tangannya semakin erat menggenggam bingkai gambar yang menyimpan seribu makna dalam kehidupannya. Matanya langsung tidak berganjak daripada terus mengamati gambar kesayangannya itu. Begitulah keadaan Syamira sejak beberapa bulan lalu, setelah dia pergi meninggalkan suaminya. 
      Syamira tidak dapat melupakan sikap melampau yang Syazril tunjukkan pada malam itu. Hatinya benar-benar hancur dengan kelakuannya Syazril. Penderitaannya bukan hanya sekadar itu. Malah, Syamira terpaksa berdepan dengan kata-kata nista dan sering menjadi bahan bualan orang-orang kampungnya yang mengatakan kononnya Syamira tidak ikhlas berkahwin dengan Syazril kerana Syamira mahukan harta semata-mata, oleh sebab itulah perkahwinan mereka hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja. Pelbagai jenis fitnah yang dilemparkan mereka sehingga dia dan keluarganya dipinggirkan terus dari tempat kelahiran mereka sendiri. Hidup mereka sekeluarga ibarat "melukut di tepi gantang". Masih jelas lagi berlegar di ruang matanya betapa kejamnya tuduhan serta penghinaan yang dilemparkan orang kampung kepada dirinya, semasa dia dengan ibunya tengah sibuk berniaga di warung. Hanya disebabkan kabar angin, habis aib keluarganya dijaja. Kesabarannya benar-benar teruji apabila ibunya tidak dibenarkan lagi berniaga dalam kampung itu.Yang lebih menyedihkan, rakan baiknya sendiri turut mengelak daripada bertemu dengan dirinya.
     Lamunannya mati serta-merta setelah terdengar laungan azan berkumandang menandakan masuk waktu Zohor. Pantas dia bangun menuju ke gerbang pintu yang terletak bertentangan dengan posisi katilnya. Ruangan biliknya yang agak kecil menghalang dia untuk bebas bergerak. Namun,  Mira tidak pernah mengeluh malah dia sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia masih mempunyai sebuah keluarga yang penyayang walaupun ayahnya adalah seorang yang agak tegas.
***********************************

Keadaan bas pagi itu agak sesak, memandangkan hari itu adalah hari bekerja ramai orang yang menggunakan transport bas untuk pergi bekerja disebabkan tambang yang lebih murah dan sangat berbaloi. Syamira beruntung kerana sempat mendapat tempat duduk yang agak strategik. Anak matanya dilontarkan ke luar tingkap, pandangannya terus melilau memerhatikan gelagat serta telatah orang ramai yang berpusu-pusu. Kelihatan juga beberapa orang budak sekolah menengah yang kemas memakai uniform sekolah berebut-rebut menaiki bas di terminal Street Park. Hanya tinggal beberapa minit saja lagi dia tiba ke destinasinya, debaran jantungnya semakin kencang. Duduknya jadi tak menentu, malah sebenarnya dia sendiri tidak menyangka permohonannya memohon kerja di sebuah syarikat swasta dua bulan yang lalu ternyata membuahkan hasil kerana berjaya untuk menghadiri sesi temuduga hari ini. Dia berharap agar dia berjaya untuk melepasi temuduga itu. Mira tidak mahu lagi menambahkan beban keluarganya tanpa menyumbang apa-apa.

"huh...berdebar pula aku kali ni". Syamira berbisik di dalam hati.

    Syamira mengatur langkah kakinya memasuki bangunan yang setinggi sepuluh tingkat itu. Syamira mempercepatkan langkah kakinya menuju ke kaunter pertanyaan. Kelihatan seorang pekerja wanita agak sibuk menyelak beberapa keping kertas. Syamira mula bersuara...

"Minta maaf miss,nak tanya mengenai interview hari ni kat mana yea?" 

Wanita tadi pantas mendongakkan kepalanya  memandangku. Wanita itu menjawab pertanyaan yang diajukan oleh syamira... 

"Minta resume awak and boleh duduk kat situ". Sambil menuding jari ke arah ruangan menunggu di lobby itu.


Sambil menyerahkan kepingan document peribadi dirinya, Syamira sempat juga melemparkan senyumannya kepada petugas di kaunter itu sebelum beredar pergi. Ternyata ramai juga calon yang memohon kekosongan itu. Bukan mudah mencari pekerjaan zaman sekarang ni. Memang ramai pesaing. Setelah beberapa jam menunggu akhirnya sampai juga giliran Syamira untuk ditemuduga. Dengan debaran yang semakin mengila Syamira mengetuk perlahan daun pintu yang diperbuat sepenuhnya dari kayu jati, terdengar suara memintanya masuk ke dalam. Syamira memutar tombol pintu itu sambil melangkahkan kakinya memasuki ruangan bilik itu. Syamira tergamam melihat ruangan bilik pejabat yang agak mewah dan sebesar itu. Syamira melangkahkan kakinya menuju sebuah meja. Kelihatan seorang lelaki tengah sibuk menulis sesuatu di atas meja yang berada berhampiran dengan tingkap. Tanpa berlengah, Syamira mula bersuara...


"Selamat pagi Tuan, Saya NurSyamira Binti Mohd Ismail bersedia untuk ditemuduga pada hari ini". Syamira dengan lancar memulakan bicara tanpa segan silu.


Tanpa bersuara lelaki tadi mengangkat wajahnya, dia memandang tepat ke arahku. Menyerap darah ke seluruh tubuhku. Syamira benar-benar terkejut sebaik terpandang raut wajah milik lelaki tadi. Mulutku serta-merta terkunci rapi. Mataku terus memandangnya tanpa berganjak. Tanpa ku sedari lelaki itu mengukir senyuman kepadaku. Aku benar-benar tidak menyangka dapat bertemunya lagi setelah beberapa bulan meninggalkannya. Perasaan rinduku benar-benar terubat kali ini. Namun, perasaan kecewa, sedih, marah mula berbaur menjadi satu. Aku berundur setapak demi setapak ke belakang sebaik terpandang Syazril mula berdiri dan merapati tubuhnya. Keadaan Syazril nampak agak berlainan daripada sebelum ini, susuk tubuhnya kelihatan agak susut, lingkaran jambang halus mula menumbuhi pipi dan dagunya. Rambutnya agak serabut dan penampilannya juga tidak kemas.


"I benar-benar menyesal dengan apa yang i pernah lakukan pada you sebelum ni. I benar-benar ingin memohon kemaafan daripada awak, Saya harap sangat agar awak terima saya kembali, Syamira". Dengan nada yang agak perlahan dia menghabiskan kata-katanya.


Pandangan matanya agak redup. Orang yang sering berada di benak fikirannya, kini benar-benar berada di hadapan mata. Syamira tidak mampu berkata apa-apa. Dia sebenarnya tidak menyangka boleh bertemunya lagi kali ini. Tanpa disedari mengalir air hangat dicelah kelopak matanya, pantas dikesat Azril dari terus mengalir membasahi pipinya.


"I tak akan biarkan air mata awak mengalir lagi kerana i, percayalah sayang". Syazril mematikan ayatnya.


Hatiku berdegup semakin kencang mendengar ayatnya sebentar tadi. Syamira pantas berpaling membelakangi Syazril, niat hati ingin sahaja dia terus beredar pergi. Mungkinkah perasaan ego seorang wanita kini mula merasuk dirinya, namun belum sempat Syamira melangkah pergi dengan pantas lenggannya disambar kejap Syazril.


"Tolong jangan pergi lagi Mira, i benar-benar tak boleh hidup tanpa you. I mengaku sebelum nie i bodoh sangat sebab tak pernah nak menghargai kehadiran awak dalam hidup saya, i benar-benar kesepian". Dengan nada separuh merayu Syazril memandang tepat wajahku.


Syamira jadi serba salah dengan kelakuan Syazril. Syamira sebenarnya turut terkejut dengan perubahan Syazril yang mendadak. Mungkinkah dia benar-benar menyesal akan kelakuannya sebelum ini. Akhirnya Syamira mula mengalah dan bersedia memaafkan Syazril yang sememangnya amat dicintainya itu. Mereka sering berpelukkan....dan berjanji akan memulakan kehidupan mereka yang baru tanpa dendam.


Beberapa hari kemudian...


Sejak kejadian yang berlaku di bilik pejabat milik Azril, Syamira kini kembali semula ke pangkuan suaminya. Kehidupan mereka kini semakin bahagia. Azril tidak pernah meninggikan suara lagi terhadapnya, malah kata-kata mesra yang sering meniti di bibir. Ibu adalah antara orang yang paling bahagia apabila mendapat tahu hubungan anak kesayangannya kini semakin membaik di samping suaminya.


"Mmm....sedapnya bau...Sayang masak apa malam ni?". Syazil menyapa lembut isterinya yang tengah sibuk menyediakan hidangan untuk mereka malam itu, sambil merangkul erat pinggang ramping milik isteri kesayangannya.


"Malam ni Mira masak special tau untuk abang". Syamira menjawab sambil mengukir senyuman.


Sikap Syazril benar-benar telah berubah. Kalau dulu dia kerap mabuk dan balik  lewat malam, kini sebelum maghrib sahaja pasti kelibatnya sudah kelihataan berlegar-legar di luar beranda. Syamira bahagia bersama Syazril. Ternyata Azril adalah seorang yang penyayang dan romantik. Hari-hari yang mereka lalui tidak lengkap tanpa senda tawa. Nampaknya malam itu Syazril berselera sungguh menjamu masakan isterinya yang tercinta. Malah, pujian tidak lekang daripada terus meniti di bibirnya. Syamira benar-benar puas hati apabila melihat suaminya cukup berselera menjamah resepi ciptaannya yang baru iaitu 'roast beef grilled cheese'.

*******************************


Lokasi : Rumah banglo milik Datuk dan Datin

            Hujung minggu ini aku dan Azril balik ke rumah mama dan papa. Kelihatan mama sangat gembira menyambut kedatangan kami. Mama memeluk erat tubuhku dengan senyuman yang tidak lekang terukir di bibirnya. 

" Eee...mama tengok anak mama ni semakin berseri-seri aja, pasti Mira selalu jaga perut anak mama yang seorang ni yea? Badan pun dah nampak agak berisi daripada sebelum ni". Mama sengaja menyakat anak tunggal kesayangannya itu. 

Terhambur juga gelak tawa kami.

          Semasa aku tengah sibuk membantu 'Mak Mek' merupakan pembantu rumah mama  mengemas meja usai sahaja selesai makan tengahari, Aku terpandang kelibat Mama memasuki gerbang pintu dapur. Sambil tersenyum, mama mula bersuara..

"Rasanya dah hampir setahun usia perkahwinan Mira dan Azril kan? Mmm...rasanya teringin sangat Mama nak timbang cucu pula daripada menantu mama ni". Datin Fatimah menghabiskan kata-katanya.

Terkedu aku mendengar penerangan mama sebentar tadi. Sedangkan baru sebulan lebih dia kembali ke pangkuan suaminya, tidak mungkin terlalu cepat dia untuk pregnant. Sambil mengatur ayat dia cuba menjawab pertanyaan mamanya.

" Mmmm...Mama, mungkin belum ada rezekilah tu, Tapi mama jangan risau yea kalau dah ada rezeki nanti pasti ada jugak". 

"Mama bukan apa, just risau aja kalau kamu nak merancang-rancang pula, Mama dan Papa sekarang pun dah semakin senja nanti kempunan pula nak menimbang cucu daripada anak tunggal mama yang satu tu". Datin menyudahkan kata-katanya.



Selang beberapa hari......

Lokasi :  Condominium Mewah Milik Azril dan Mira.

Selesai sahaja mandi petang itu, Aku tersentap dengan kehadiran Azril yang secara tiba-tiba meluru keluar di sebalik pintu bilik air.

"Eeh...terkejut tau.....Bila abang balik? Tak perasan pula Mira". Mira mengajukan pertanyaan kepada suaminya.

"Ah...itulah sayang mandi khusyuk sangat sampai abang balik pun tak perasan".

"Sorrylah bang...Mmm...Nie yang tengok Mira semacam ni mesti nak sesuatu daripada Mira kan?" Mira lantas mengajukan persoalan kepada suaminya yang tengah tersengih seperti kerang busuk.

"Mmmm...Wangilah isteri abang ni". Sambil membelai lembut rambut Syamira yang masih basah.

Mira hanya jadi pemerhati. Sambil tersenyum nakal, Azril menghulurkan sekeping kad yang terlipat kemas di tangannya kepadaku. Dengan kerut seribu di dahi ku capai kad itu. Kad kini berpindah tangan, lalu dibuka perlahan kad berwarna merah itu olehnya. Sebaik selesai mengamati isi kandungan yang terkandung di dalamnya. Pantas Syamira mengajukan persoalan kepada suaminya.

"Tiket penerbangan?"

"Ahaa..abang sengaja balik awal hari ni sebab abang nak luangkan masa untuk isteri abang ni packing barang sama-sama. Besok pagi kita dah nak bertolak". Syazril menjawab sambil tersenyum simpul.

"Kita kena pergi untuk apa?" Syamira masih tidak mengerti maksud yang cuba disampaikan suaminya, dan mengajukan lagi persoalan.

"Honeymoon lah sayanggg....Kan kita masih belum pergi honeymoon lagi sejak kita mula diijabkabulkan hari tu. Takkan sayang abang ni tak ingat". Sambil mencuit manja hidung mancung milik isterinya.

Terukir senyuman dibibir Syamira. Hatinya benar-benar berbunga kerana mereka akan pergi ke sebuah destinasi peranginan yang sering menjadi pusat kunjungan pasangan yang ingin berbulan madu iaitu Pulau Bali Bandung, Indonesia yang terkenal dan sangat indah itu. Sebelum ini, Bali adalah tempat yang sangat dia impi-impikan, kini keinginannya hampir tercapai lebih-lebih lagi dia dapat pergi bersama dengan orang yang amat disayanginya.

***********************************


"Sayang....bangunlah.. sekejap lagi kita dah nak mendarat ni". Kedengaran Azril berbisik ke cuping telinga isterinya.

Mira terjaga dari lenanya. Baru dia perasan bahawa sepanjang penerbangan mereka tadi, tanpa disedari dia telah tertidur nyenyak di bahu bidang milik suaminya.

"Hee...sorry abang..Mira sendiri tak sedar bila pula Mira boleh terlelap tadi".

Syazril hanya menggeleng-gelengkan kepalanya menandakan dia tidak kisah akan perkara itu.

              Setelah selesai urusan check in di kaunter lobby hotel yang agak mewah itu. Syazril memimpin erat tangan isterinya. Sesampai sahaja di hadapan pintu hotel, pekerja yang bertugas membawa barang-barang kami pun mula bersuara...

"Ya udah pak sekarang kan kita udah nyampai. Ini bagasinya ya". Sambil menurunkan bagasi kami dari troli khas membawa bagasi itu.

"Terima Kasih". Ringkas sahaja Azril membalas.

"Ngak apa pak, ini emang tugasnya saya sih, Moga aman ya nyenap libur di sini.  Ya udah, saya pramisi dulu ya pak, ibu". Sambil menundukkan kepalanya tanda hormat.

Syamira memerhati petugas hotel itu sehingga kelibatnya mula menghilang di sebalik dinding.  

"Ehemmm...." Kedengaran Azril berdehem.

Sambil menoleh ke arah Azril, Mira mula bersuara kerana terkejut dengan deheman yang agak kuat dari suaminya.

"Kenapa bang?"

"Tak....sayang....just nak tanya aja, sayang tengok apa tu? Terjegil aja biji mata tu...Tengok lelaki tadi yea? "

Sambil ketawa kecil, Syamira menjawab persoalan suaminya yang agak kelakar itu.

"Aii...takkan nak cemburu pula kat pekerja hotel tadi tu?" 

"Habis sayang tu dok pandang dia aja abang tengok".

"Tak adalah abang..Mira rasa, bahasa dia tu pelat sangat sampai susah nak faham. Tu aja, tak lebih".

"Yealah sayang...abang sengaja aja tu nak menyakat sayang tadi ". Terkuntum satu senyuman nakal di bibir nipis miliknya.

"Jahat tau...." Syamira bersuara manja, sambil mencubit perlahan lenggan suaminya.

"Sudahlah sayang mari kita masuk".

Tanpa berkata apa-apa Syamira membuntuti suaminya memasuki gerbang pintu bilik hotel itu.


Lokasi : Di sebuah Restaurant Elit (Tepi pantai Pulau Bali).

                Malam itu penampilan Syazril agak santai dengan seluar pendek paras bawah lutut berwarna hitam pekat, dipadankan pula baju T-shirt jenama Polo berwarna putih, kolar hitam. Sementara Syamira pula hanya mengenakan baju T-shirt lenggan panjang berwarna putih sedondon dengan suaminya, serta dipadankan dengan kain shawl lembut berwarna hitam, bercorak bunga merah jambu. Kami memilih tempat duduk yang agak terasing iaitu bertempat di anjung restoran tersebut. Anjung itu betul-betul terletak berhampiran dengan pantai. Pemandangan malam yang indah jelas kelihatan dengan gemerlapan taburan bintang. Tiupan angin malam yang menghembus terasa dingin menggigit tulang, sesekali kedengaran bunyi desiran ombak pantai menampar hebat batu-batu di tepi pantai. Suasana yang sangat romantik itu tidak sesekali dipersiakan oleh Azril. Sebatang lilin diletakkan betul-betul di tengah meja yang bulat. Dalam keadaan duduk yang bertentangan, Azril menarik lembut tangan isterinya dan menggengamnya erat. Mata saling bertentangan, Azril merenung dalam bebola mata Mira yang berwarna agak kecoklatan itu tanpa sekalipun berkerdip, begitu juga Syamira. Tiada kata yang terucap. Akhirnya Azril memulakan bicara...


"Sayang..sekarang abang lebih tenang dan bahagia didampingi isteri sesempurna Mira..Abang harap malam ni akan menjadi malam paling bahagia untuk kita berdua". Ayatnya terhenti seketika..


Azril membuka kembali bibirnya lalu bersuara...


"Abang sangat mencintai sayang..Malah sayang sangat sampai bila-bila, untuk hari ini, besok, lusa, tulat dan sehingga akhir hayat abang..Percayalah sayang..."


Aku dapat melihat anak matanya mula beralih arah, mengalir setitik air jernih di tubir matanya. Aku hanya diam seribu bahasa sambil menjadi pemerhati setia buatnya. Dikesat kasar air jernih itu daripada terus menuruni pipinya yang kelihatan sedikit agak tembam dari sebelum ini. Setelah melepaskan kesedihannya itu, Azril mengatur semula ayatnya.


"Sayang...sudikah sayang menjadi seorang isteri buat lelaki seperti abang sampai bila-bila? Seorang lelaki yang pernah melukakan dan menyakiti hati sayang ini? Sudikah sayang menjadi seorang ibu buat anak-anak abang suatu hari nanti?"


Terlerai pegangan tangan mereka. Dengan pantas Azril meraup wajahnya berkali-kali dengan menggunakan kedua belah tangannya. Namun, setelah beberapa saat berlalu Azril memandang kembali wajah kesayangan isterinya itu, mungkinkah dia tengah berusaha mencari kekuatan untuk mendengar jawapan yang bakal didengarnya sebentar lagi daripada Syamira.
       Mira terkedu, tanpa disedari mengalir air mata di pipinya. Hatinya benar-benar terharu. Siapa sangka lelaki yang dulu amat membenci dirinya kini  telah berubah menjadi seorang yang penyayang dan romantik, malah amat mencintai dirinya sehingga dia dapat melihat sendiri air mata suaminya yang mengalir. Kaum lelaki memang tidak akan lepas dari sikap ego yang meninggi, lelaki bukan mudah untuk mengalah dan menunjukkan mereka lemah dengan menitisnya air mata mereka, namun ego seorang lelaki hanya akan luntur disebabkan wanita yang amat dia cintai. Syamira benar-benar tidak mampu untuk berkata apa-apa, lidahnya jadi kelu, yang mampu dilakukannya pada ketika itu hanyalah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju akan persoalan suaminya sebentar tadi.


"Betul ni sayang?" Dengan pantas dia menyoal kembali.


"Iye abang..Mira pun sangat mencintai diri abang, malah sejak kita diijabkabulkan hari tu lagi". Meluru ayat itu keluar dari mulutnya yang mongel. Entah dari mana Syamira punya kekuatan untuk berkata sebegitu kepada Syazril. Mungkinkah hebatnya kuasa cinta mula menerjah mindanya.


"Terima kasih sayangggg...." Laju sahaja dia menghabiskan ayatnya.


     Kini wajahnya yang tadi kelihatan agak sugul,  kembali ceria. Sehinggakan senyumannya melebar hingga ke telinga. Dengan pantas dia menggenggam kembali tangan isterinya lalu mengucupnya berkali-kali. Syamira hanya menjadi pemerhati sambil mengukir senyuman tanpa sekalipun lekang di bibirnya.

*************************************


Tiga bulan kemudian..

    Sebaik terjaga dari lenanya. Azril meramas-ramas katil di sisinya. Dengan pandangan mata yang agak samar, Azril menoleh ke sebelah kanannya, ternyata Syamira tiada di sisinya. 

"Dah bangun agaknya". Azril berbisik di dalam hati.

Papppp~ ~ tiba-tiba terdengar suatu bunyi yang agak pelik dari arah bilik air. Azril pantas mengulat bangun menuju perlahan-lahan ke bilik air. Daun pintu tertutup agak renggang, Azril merapatkan telinganya ke permukaan pintu. Kedengaran bunyi air terbuka deras dari arah dalam. Hatinya jadi tak keruan, pantas ditolaknya kasar daun pintu itu, betapa terkejutnya dia apabila mendapati Syamira terbaring di atas lantai tidak sedarkan diri. Azril dengan segera mengangkat isterinya lalu memasukkan isterinya ke dalam perut kereta  jenis Toyota Camry miliknya, tidak sampai beberapa saat sahaja, Azril terus memecut laju keretanya.

Di luar ruangan menunggu klinik swasta itu, kelihatan kelibat Azril mundar-mandir tidak keruan,  sekejap dia duduk, sekejap dia berdiri, sesekali kelihatan juga dia cuba memanjangkan lehernya menjenguk dari arah luar pintu bilik kecemasan itu. Tidak sampai beberapa minit, kelihatan Datuk Syed Harun, Datin Fatimah, Mak Temah dan Pak Ismail meluru mendapatkan Azril yang juga ternyata amat risau akan keadaan Syamira yang kini sedang menjalani rawatan kecemasan. Setelah beberapa jam berlalu, daun pintu bilik kecemasan itu pun terbuka, keluar seorang doktor yang lengkap serba putih di balik pintu. Dengan pantas Azril bertanya..

"Doktor, macammana dengan keadaan isteri saya? Everything Okay?" Soalan demi persoalan yang dilontarkan.

"Encik ni suami kepada NurSyamira Binti Mohd Ismail?". Doktor itu mengajukan semula soalan kepada Azril.

"Iye". Balas Azril sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Tahniah Encik, isteri encik kini sedang hamil dan kini usia kandungannya sudah masuk hampir dua bulan lebih, cuma sekarang  dia agak lemah kerana badan isteri Encik kekurangan banyak air akibat dia terlalu kerap muntah".

 Sambil menepuk bahu Azril. Dia berbicara lagi.

"Sebentar lagi isteri Encik akan dipindahkan ke wad pesakit biasa". Doktor itu berkata sambil tersenyum.

"Terima kasih doktor". Itu sahaja yang mampu diungkapkannya.

Ternyata bukan hanya Azril yang bahagia dan gembira tidak terhingga, malah papa,mama,ibu dan ayah juga amat gembira mendengar kenyataan doktor sebentar tadi, kerana mereka juga bakal menimbang cucu pertama mereka. 


Enam bulan lebih kemudian....

           Pagi itu Syazril sengaja lambat datang ke pejabat, konon katanya mahu meluangkan banyak masa untuk isteri dan anaknya yang bakal lahir tidak lama lagi. Azril mengelus lembut perut isterinya yang agak buyut itu berulangkali. Dirapatkan teliganya ke perut isterinya.. 

"Eehh..baby papa buat apa kat dalam tu? Ada tak tendang perut mama hari ni? Jangan nakal tauuu...." Azril sengaja berbicara seperti itu kepada bakal cahaya mata mereka yang pertama. Berbicara dengan bayi yang berada dalam kandungan memang sangat baik untuk perkembangan otak bayi yang bakal dilahirkan.

"Anak papa tak nakallah papa". Kedengaran Syamira cuba mengubah suara kebudak-budakan untuk menyakat suaminya.

"Ohhh....papa yang silap...rupanya yang nakal tu mama, bukan baby papa ni". Sambil mencubit manja pipi isterinya yang gebu.

Syamira hanya tersenyum kambing dengan tindakkan suaminya tadi tanpa menghalang. 

"Sayang...tak sabar pula rasanya abang nak tengok anak kita ni. Mmm..pasti comel macam mama dia kan? Okaylah sayang abang kena pergi dulu..Abang janji akan balik awal, selepas selesai aja meeting petang nanti".

"Okay sayang...janji tauuu..." Dengan nada manja Syamira menghabiskan kata-katanya.

"Iye...sayanggg...Don't worry".

Syamira bersalam dan mencium mesra tangan suaminya. Syamira tidak perlu gundah memandangkan kini dia sudah ada teman bersamanya iaitu ibu kesayangannya. Sejak beberapa bulan yang lalu ibulah yang telah menjadi penemanku di condominium mewah kami, memandangkan risau dengan keadaan Syamira yang hanya tinggal menghitung hari sahaja untuk bersalin.

          Jarum jam sudah berganjak ke angka 7. Namun kelibat Azril masih tidak kelihatan, Syamira sudah cuba menghubungi telefon bimbitnya berkali-kali, namun usahanya tetap gagal. Perasaan risau mula menghimpit jiwanya, selalu Azril pasti akan mengkhabarkan dulu kepada dirinya jika dia terpaksa lewat balik. Hati Syamira jadi semakin tidak menentu. Matanya tidak berganjak daripada terus memandang jarum jam yang terlekat di dinding ruang tamu rumahnya. Tiba-tiba...Kringggggg~~kedengaran bunyi telefon rumahnya berdering.. Dengan pantas Syamira menggapai gagang telefon itu. 


"Hello...Mira" Kedengaran suara Mama dihujung talian.

"Hello...Iye mama...Ada apa?" Syamira menjawab, namun debaran  jantungnya semakin kencang.

"Sekejap lagi mama sampai ambik Mira dan ibu Mira sekali". Kedengaran agak cemas suara datin di corong telefon.

"Ada apa Ma?" Agak meninggi suara Syamira cuba mengawal emosi.

"Em..mmm...Ril......Azrilll....". Sesekali kedengaran esakkan kecil milik mama.

"Kenapa dengan abang Azril ma?" Debaran jantungku jadi tidak menentu.

"Azril....kemalangan dengan sebuah lori petang tadi...Mira sabar yea". Aku mendengar suara mama semakin jauh.

Tanpa berkata apa-apa, terlepas gagang telefon dari gengaman tangannya. Pandangan mataku semakin samar, kakinya jadi lemah, akhirnya terjelepok Syamira ke atas lantai. Semasa aku membuka mata, aku dapati diriku terbaring di atas katil tanpa ditemani siapa-siapa. Ku perhatian keadaan sekelilingku, ternyata sepi dan gelap. Aku dapat melihat cahaya lampu kuning memancar masuk ke dalam bilikku, aku berdiri perlahan menghampiri, cahaya itu sangat terang memantul anak mataku. Mira mengecilkan matanya, dalam keadaan yang samar itu Syamira dapat melihat  bayangan yang amat dikenalinya. Syamira melangkah satu persatu ke hadapan.. Kini, dengan jelas dia dapat melihat wajah suaminya yang sedang tersenyum manis kepadanya. Syamira cuba mendakap tubuh suaminya itu tetapi bayangan suaminya semakin menjauh dan hilang serta-merta. "Abanggggg....." Syamira cuba melaung memanggil suaminya namun panggilan tidak bersahut...
         Syamira terasa tubuhnya seperti digoyang dan apabila membuka mata, dia dapat melihat jelas wajah ibunya memandang risau dirinya. Basah seluruh tubuhnya bermandikan peluh. Syamira menangis semahu-mahunya dipelukan ibunya apabila mendapat tahu Azril kini tengah bertarung nyawa di bilik rawatan kecemasan. Syamira cuba berusaha untuk bangun dari katilnya, Syamira mahu mendapatkan suaminya itu. Namun, niat Syamira terbantut apabila jururawat yang bertugas merawatnya menghalang dirinya daripada bergerak memandangkan keadaan dirinya juga tidak stabil pada ketika itu. Ternyata Syamira juga turut dimasukkan ke wad pesakit di hospital yang sama dengan suaminya. Syamira hanya mampu berdoa ke hadratNya agar suaminya masih diberikan kesempatan untuk melihat dan membesarkan anak hasil perkongsian hidup mereka yang hanya menunggu beberapa hari sahaja lagi untuk dilahirkan. Dia juga memohon agar Allah memberikan peluang  dia bersama lagi dengan suaminya untuk jangka waktu yang lebih lama. Mana kuat dirinya membesarkan anak mereka tanpa seorang suami. Dalam kesedihan yang teramat sangat, tanpa mira sedari dia terlena dalam dakapan ibunya. Syamira benar-benar belum bersedia untuk menerima kehilangan suaminya yang amat dia cintai.
            Keesokkan harinya, Syamira terjaga lagi dari lenanya. Syamira pantas bangkit dan duduk di atas katilnya, kelihatan wajah sugul milik papa, mama, ibu dan ayah duduk di atas sebuah kerusi menunggu di hujung katil wad pesakit tempat Syamira dirawat. Dengan pantas Syamira berbicara...


"Macam mana dengan keadaan abang Azril ma?".


Mama hanya memandangku tanpa sedikit pun berminat untuk menjawab pertanyaan Mira sebentar tadi. Begitu juga papa yang hanya tertunduk membisu, raut wajahnya kelihatan sangat sayu. Masih jelas ternyinyang-nyiyang di cuping telinganya gelak tawa Azril  menyakatnya pagi itu. Tanpa dapat ditahan-tahan,  akhirnya mengalir air mata deras berlinang melewati pipinya tanpa langsung diseka. Kedengaran esak tangisan Syamira yang mula kuat kedengaran memecah hening suasana ruangan bilik itu. Syamira tidak dapat membayangkan kehidupannya selepas ini tanpa didampingi oleh suaminya yang amat dia kasihi.




Dua Minggu kemudian...


        Kini, Syamira selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang cukup sifat, bayinya nampak agak sihat dengan berat 3.8 kilogram. Rambutnya yang tebal diusap lembut oleh mira, kulit tubuhnya juga kelihatan masih merah. Sesekali kedengaran tangisan nyaring milik sikecil itu keluar tanpa segan silu, pipi bayinya yang tembam dan halus itu dicium dengan penuh kasihsayang oleh Syamira.  Semua orang berebut-rebut menunggu giliran untuk menggendong cucu pertama mereka. Namun, hanya bayangan Azril sahaja yang tidak muncul. Syamira tidak mampu berkata apa-apa, selain menjadi pemerhati setia melihat gelagat ibu, ayah, mama dan juga papa yang sangat teruja menyambut kelahiran cucu  pertama mereka yang sebelum ini amat dinanti-nantikan. Dalam suasana yang hinggar-binggar itu, tiba-tiba daun pintu bilik dikuak perlahan oleh seseorang. Dengan hanya memakai baju seragam serba biru, dia melangkahkan kakinya satu persatu cuba menghampiriku. Walaupun langkah kakinya agak perlahan dan terbatas, namun nampak sungguh kegigihannya. Sebaik tiba di sisi Syamira, dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Dengan perlahan dia mula bersuara....


"Terima kasih sayang....sebab sudi melahirkan zuriat abang." Sambil tersenyum, dia menyambung ayatnya lagi.


"Baby perempuan yang comel pula tu macam mama dia." Azril mengucup lembut dahi isteri yang amat dia sayangi itu.


     Syamira hanya menghadihan senyuman yang manis buat suaminya. Dia benar-benar bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengabulkan doanya. Mujurlah semasa kemalangan itu berlaku, Syazril terlebih dahulu terpelanting keluar sebelum kereta yang dipandunya terperosok masuk ke bawah lori yang membawa muatan minyak 15 tan tersebut. Syazril mengalami kecederaan yang agak parah, kaki kiri dan tangan kanannya patah akibat hentakan yang kuat dalam kemalangan ngeri meragut nyawa dua orang mangsa itu. Syazril bertuah kerana dia terselamat daripada kejadian berdarah itu.





>>>>>TAMAT<<<<<

Yang berkarya : 

Labels:



2 Comments:

Blogger Anak Munsyi said...

Amboi dah bole jadi penulis novel, kekekeke :P

13 April 2012 at 14:28  
Blogger LynDa Sweet PinKy said...

Hihihi...Thanks tpi sbnrnya masih bnyk klemahan lagi..:)

17 April 2012 at 13:19  

Post a Comment


Thanks for reading